Kes Tetak | Penganggur mengaku tidak bersalah

2022-09-21 1

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Ahad selepas dituduh mencederakan seorang pengawal keselamatan menggunakan sebilah pedang.

Tertuduh, R Subramaniam, 41 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Roslan Hamid.